Kehamilan

Minyak Zaitun Semasa Kehamilan Dan Masa Kanak-Kanak

Minyak zaitun memainkan peranan penting dalam perkembangan janin selama kehamilan dan kekurangan mungkin mempunyai kesan buruk pada perkembangan bayi selanjutnya.

Kajian telah mendapati bahawa perkembangan pasca-melahirkan bayi oleh ibu yang mengambil minyak zaitun saat hamil lebih baik dalam hal-hal berkaitanketinggian, berat badan dan refleksi psikomotor.

Janin perlu vitamin E untuk membesar. Bayi yang baru lahir juga perlu simpanan vitamin E untuk melawan kekurangan oksigen sewaktu dilahirkan. Walaupun vitamin E tidak banyak dalam minyak zaitun bagaimana pun jumlahnya adalah mencukupi bertindak untuk sebagai anti-oksidan.

Oleh itu jumlah dan jenis makanan yang dikonsumsi dalam makanan selama kehamilan memainkan peranan pentimg dalam mengadaptasi hubungan metabolik antara ibu dengan janin.

Minyak Zaitun dan Penyusuan

Semasa bersalinan, vitamin E dalam darah ibu tertumpu pada kelenjar payudara, jaadinya semasa menyusui, ibu akan terus membekalkan vitamin E kepada bayi. Adalah penting untuk mengekalkan tahap vitamin ini selama tempoh menyusu.

Vitamin E ini juga disyorkan untuk bayi yang lahir tidak cukup bulan (premature) dan bayi yang dilahirkan dengan kegagalan ginjal atau pankreas kerana ianya mendatangkan kesan positif dalam sistem hepato-empedu (hepato-billary).

Tetapi minyak zaitun tidak hanya menyediakan cukup asid lelemak penting bagi perkembangan kanak-kanak yang baru lahir, nisbah asid linoleat (linoleic) ke asid linolenat (linolenic) (asam lemak esensial) adalah serupa dengan susu ibu..

Kesan manfaat dari asid oleik berlangsung walau selepas bayi dilahirkan. Selain keberkesanan di dalam mencegah hiperkolesterolemia dan aterosklerosis (hypercholesterolaemia and atherosclerosis), yang merupakan proses yang dapat bermula pada bayi, asid oleik (oleic acid) juga didapati dapat memberikan pengaruh yang positif pada pertumbuhan dan pembentukan mineral tulang bayi.

Keperluan Diet

Sewaktu tempoh kehamilan dan menyusui adalah disarankan untuk mengambil lebih banyak lemak, terutama lemak tak jenuh tunggal (monounsaturated), sambil mengurangkan lemak tepu dan kolesterol semungkin yang boleh. Panduan umum diet haruslah diikuti dan pengambilaan kalori harus dikawal untuk mengelakkan kenaikan berat badan yang berlebihan.

Bayi di bawah tiga tahun mempunyai keperluan diet yang berbanding kanak-kanak lebih tua. Empat puluh peratus (40%) daripada tenaga yang mereka konsumsi adalah berasal dari lemak, samada ianya diperolehi dari susu ibu atau dari susu jenis lain. Adalah sangat disarankan untuk menjaga pola pemakanan untuk memastikan bahawa pengambilan tenaga dan nutrisi memenuhi keperluan perkembangan anak.



Sumber: International Olive Oil Council

www.internationaloliveoil.org

<hr>