Kajian Saintifik

MAKANAN UNTUK AWET MUDA


Minyak Zaitun


Kandungan lemak monounsaturated yang terdapat di dalam minyak zaitun dikenal pasti sebagai punca mengapa ia dikatakan makanan paling sihat, boleh menghindarkan kanser dan serangan jantung.

Minyak zaitun boleh mengelakkan kanser payu dara dan mengekalkan keremajaan (bagi wanita) dan kajian telah dijalankan oleh Dr. Ditnios dari Universiti Harvard bahawa dengan pengambilan minyak zaitun yang banyak boleh menurunkan kanser payu dara sebanyak 50 peratus.

Kandungan vitamin dan polyphenols (antioksida) untuk mengekalkan keremajaan dan keanjalan kulit.

Sumber: Majalah MIDI Bil: 109, 15 Mac 2011 muka: 76.



HUBUNGAN KANSER PAYUDARA DENGAN MINYAK ZAITUN

Pada tahun 2003, M. Solanas dari Jabatant  Cell Biology di Barcelona melaporkan di dalam the International Journal of Oncology bahawa minyak zaitun telah memperlahankan pembiakan sel kanser payudara tikus yang dijadikan ujikaji. Diet minyak jagung menggalakkan lebih banyak sel kanser berbanding diet kawalan, sementara minyak zaitun memberi hasil kepada pembentukan sel tumor yang lebih rendah berbanding tikus yang diberi diet terkawal.

Pada tahun 2009 kajian di Barcelona (the Catalonian Institute of Oncology) oleh Menendez et al mengesahkan bahawa polyphenols di dalam minyak zaitun extra virgin amat berkesan di dalam melawan  sel kanser payudara jenis HER-2. Kajian tersebut mendapati bahawa isolated polyphenols diambil dalam kepekatan yang tinggi berbanding apa yang boleh diambil dalam diet minyak zaitun, tetapi penemuan tersebut menjelaskan bahawa minyak zaitun dapat mengawal beberapa jenis kanser di kalangan wanita Mediterranean. Kajian ini lebih tertumpu kepada penggunaan hanya minyak zaitun extra virgin, yang mana ianya tidak diproses mengguna haba atau ditapis, kerana ianya mengandungi banyak polyphenols berfaedah.

Sumber: http://www.oliveoilsource.com/page/cancer